Posted by: parentingskill on: May 11, 2009
Bismillah walhamdulillah
InsyaAllah kali ini saya ingin mengupas tentang aktiviti bersama anak-anak. Pastinya para ibu sentiasa sibuk ya dengan urusan di tempat kerja, urusan peribadi mahupun urusan rumahtangga. Anak-anak juga tak kurang sibuk dengan urusannya.
Bagaimana jika anda melihat anak-anak sibuk dengan ‘urusannya’.
Runsing?
Rimas?
Risau?
Suka?
Syukur?
Banyak persepsi para ibu tentang hal ini. Anak-anak yang sedang berkembang akalnya, jua fizikalnya pasti [...]
Posted by: parentingskill on: March 22, 2009
Tajuk ini mungkin telah banyak kali ditulis oleh bloggers atau penulis-penulis buku, namun saya ingin mengulang lagi penulisan ini versi pendidikanawal. Hal ini kerana telah beberapa kali saya disoal tentang perkara yang sama. Terdapat beberapa situasi, ibu bapa mengambil langkah untuk membiarkan anak kecilnya menangis sendirian kerana mereka beberapa kali mendengar nasihat daripada orang [...]
Posted by: parentingskill on: February 24, 2009
Cuba tanya pada diri sendiri, sebagai ibu bapa, pernahkah kita menghadiahi anak dengan ‘hadiah yang berkualiti’? Jika member hadiah mungkin selalu sahaja kan? Namun memberi hadiah yang berkualiti adalah bergantung kepada masa dan situasi. Sekiranya sering, ia mungkin sudah tidak lagi istimewa. Namun jika tepat pada masa dan situasinya, pasti anak akan rasa sangat dihargai. [...]
Posted by: parentingskill on: February 18, 2009
Rasulullah SAW pernah bersabda dalam satu hadith, “pilihlah tetanggamu sebelum memilih rumahmu”, mengajarkan kita bahawa suasana rumah lebih penting berbanding kemudahan dan kecantikan rumah tersebut. Rumah yang sederhana sekalipun, tetapi mempunyai jiran tetangga yang baik, suasana masyarakat yang berakhlak dan menyokong perkembangan anak-anak, jauh lebih baik berbanding rumah mewah ditengah-tengah kemaksiatan dan kejahatan penduduk di [...]
Posted by: parentingskill on: February 5, 2009
“Kenape Abdullah picit dakwat tu? Kan dah tumpah dah.”
“Minta maaf ummi, Abdullah tak sengaja.”
“Ummi nak marah Abdullah boleh? Tadikan ummi dah cakap jangan main dengan dakwat tu.”
“Sekarang ni kemas balik. Abdullah yang tumpahkan, lap balik sampai bersih.”
“Ok, Abdullah lap”
“tak boleh la, ummi, tak boleh la. Abdullah tak pandai, ummi buat lah”
“Kan Abdullah yang tumpah kan [...]
Recent Comments