Pendidikan Anak

Biarkan Anak Belajar!

Posted on: February 10, 2009

Bismillahwalhamdulillah…

Dalam topik lepas, Siapa Mendidik Anak Anda?, saya ada menyebut bahawa ramai para ibu bapa yang sanggup menghabiskan ratusan malah ribuan ringgit semata-mata untuk menaja pendidikan anak baik di rumah ataupun di sekolah. Ada juga yang membeli set-set pembelajaran yang berharga ratusan juga ribuan ringgit. Sedangkan para ibu bapa sesetengahnya terlupa bahawa terdapat satu sisi pendidikan yang hanya memakan sejumlah wang yang tidak sampai sepuluh ringgit pun yang membolehkan seorang anak berkembang secara optima malah dengan inisiatif dan kesungguhan anak itu sendiri. Sehingga ada di antara para ibu bapa yang memnghambat pertumbuhan dan perkembangan anak itu secara alami. Anda masih kurang jelas kan? Lebih baik saya memberi keadaan yang realiti. Sebagai contoh:

Seorang anak sedang bermain dengan tape pelekat. Kemudian ditariknya panjang-panjang dan dilekatkannya di merata-rata. Dengan sungguh-sungguh dan tekun sekali perlakuannya itu. Apabila ibunya tersedar, apa yang diperlakukan ibunya adalah ‘naik angin’ atau melenting dengan emosi sekali. Kerana apa yang anaknya lakukan itu adalah tidak wajar dan sepatutnya tidak boleh.

Apa yang berlaku sekiranya hal ini berlaku?

1.       Anak tersebut tidak belajar tentang sebab dan akibat sesuatu perbuatan

2.       Anak tersebut belajar menangani sesuatu secara emosi bukan akal yang waras

3.       Anak tersebut merasakan bahawa ibunya tidak senang dengan ‘eksperimennya’ pada hari itu

4.       Anak tersebut tidak dapat mengetahui secara tepat penggunaan pita pelekat

5.       Anak tersebut mula terasa putus asa untuk belajar kembali

Dan banyak lagi…

Menjadi seorang ibu yang Berjaya, bukanlah mudah seperti teorinya. Perlukan kesabaran yang tinggi. Nasihat saya, berusahalah untuk mengawal emosi ketika bersama anak, terutama ketika anak masih berumur 2-4 tahun. Banyak perlakuannya yang ibu bapa rasa seperti tidak wajar untuk anak itu lakukan.

Sebenarnya, memang tidak wajar hal itu dilakukan oleh orang dewasa, namun wajar sekali bagi yang bergelar kanak-kanak. Cuba bandingkan harga tape itu dengan harga satu set pembelajaran. Anak-anak belajar dengan mengeksperimen dan mencuba segala-galanya. Usahanya jangan dihalang, dan kreativitinya jangan dipertikai. Sepatutnya apa yang dilakukan oleh seorang ibu atau bapa adalah menggalakkannya untuk belajar dan berusaha lagi, dan tunjukkanlah jalan yang sebenar menggunakan sesuatu alat. Barulah anak dapat belajar dengan optima.

Sekarang, jelas bukan??? Pendidikan tidak formal yang diusahakan sendiri oleh anak itu adalah pendidikan alami yang tidak perlukan belanja yang tinggi. Maka sekali lagi saya menyeru diri saya dan semua ibu bapa untuk mendidik anak secara optimis dan tidak menggunakan emosi berlebihan. Wallahua’lam.

6 Responses to "Biarkan Anak Belajar!"

menarik penulisan ni… betul.. saya agree.. that children learn through experience… mungkin kadang2, ibubapa bertindak secara x sengaja, dgn emosi berlebihan, apabila anak2 cuba untuk explore sesuatu yg baru bagi mereka.. bagi ibubapa, kerisauan yang berlebihan membuatkan mereka bertindak memarahi anak2.. bg setgh pula, menganggap anak2 nakal… which is wrong!

let them explore.. let them learn.. but this has to be with parental’s observation.. ini adalah yang terbaik…

yang tidak digalakkan adalah exploration anak2 tanpa pengawasan ibubapa.. seperti membiarkan anak2 bermain di luar, tanpa ibubapa mengawasi behaviour, di mana ada kemungkinan di pengaruhi oleh tindakan2 luar kawalan dan tidak ada kehadiran org dewasa di situ yg dapat menegur jika ada salah laku yang berlaku.

wallahualam..

benar apa yang dikatakan saudara/i afzan, pengawasan tetap penting. Namun kebebasan tetap ada batasnya. Tetapi ia berbeza mengikut peringkat umur anak. Cuma, parents kena cuba untuk tidak menilai tingkah laku anak seperti menilai tingkah laku orang dewasa. maybe somestimes boleh…

wallahua’lam…

memang betul..menjadi ibu perlukan kesabaran yg byk dan ilmu yg meluas…..

betul tu ummiwafi, sabar yang paling utama, anak-anak memang menguji kita… =)

Yap…Parents is the the best teacher!

caiyok parents…!!!

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: