Pendidikan Anak

Bila Anak Menangis

Posted on: March 22, 2009

MenangisTajuk ini mungkin telah banyak kali ditulis oleh bloggers atau penulis-penulis buku, namun saya ingin mengulang lagi penulisan ini versi pendidikanawal. Hal ini kerana telah beberapa kali saya disoal tentang perkara yang sama. Terdapat beberapa situasi, ibu bapa mengambil langkah untuk membiarkan anak kecilnya menangis sendirian kerana mereka beberapa kali mendengar nasihat daripada orang tua mahupun orang-orang yang belum berkahwin. Kndungan nasihat tersebut adalah seperti berikut:

1. Tidak selalu mengangkat bayi tersebut sekiranya bayi tersebut menangis kerana bayi akan belajar untuk tidak bergantung kepad ibu atau bapanya.

2. Apabila bayi menangis, biarkan dahulu, mungkin nanti dia akan berhenti menangis dengan sendiri.

3. Apabila kita tidak banyak mendukung bayi tersebut ketika bayi menangis, maka kita akan mudah menjaganya ketika usianya mencecah 1 tahun kerana bayi telah pandai berdikari, malah tidak menyusahkan kita.

Terdapat beberapa perkara yang perlu diambil perhatian tentang perkara ini. Semua bayi adalah berbeza walaupun berasal dari perut yang sama. Ketika bayi menangis, hal ini menunjukkan bayi sedang meminta sesuatu daripada orang sekitarnya. Baik meminta untuk minum susu kerana lapar, membasuh najisnya, “menyembuhkan” sakitnya mahupun meminta untuk mendukung atau memeluknya. Bukankah bhasa mereka adalah menangis? Banyak keperluan bayi yang akan terpenuhi dengan hanya mendukung dan memeluknya, termasuk keperluan emosi. Hal ini kerana emosi bayi sangat perlu dijaga dan diambil berat supaya bayi sentiasa rasa selamat dengan suasana persekitarannya. Sekiranya bayi mula merasakan persekitarannya tidak selamat, bayi akan mula menangis. Maka, apa yang berlaku apabila bayi sentiasa rasa tidak selamat? Hal inilah sebenarnya yang menyebabkan bayi mudah menangis dan mudah memberontak kerana keperluan emosinya tidak terpenuhi dan seolah-olah tidak mendapat kasih sayang daripada ibu bapanya ataupun orang-orang di sekelilingnya.

Saya menyatakan contoh, seorang daripada rakan saya pernah sekali meninggalkan anak kecilnya yang berusia sekitar 1 tahun di rumah bersama penjaga anaknya selama 2 minggu atas urusan penting. Dan anaknya dapat merasai kehilangannya. Sehingga kini, anaknya yang telah berusia 3 tahun lebih, mengalami satu penyakit fobia apabila ditinggalkan ibunya walaupun sekejap,atau ingin ke bilik air. Menjadi takut apabila ibunya mula bersiap-siap. Kadangkala menangis dan memberontak tanpa sebab. Adakah hal ini banyak menyenangkannya? Fikir-fikirkan…

Sebenarnya, mendidik anak bukanlah satu wadah untuk mencari ‘short cut’ atau mengidamkan kesenangan. Berusaha mencari jalan mudah menjaga anak memang perlu. Namun, mudah dan senangnya bukanlah diperoleh pada usia awal seorang anak. Sekiranya benar-benar kita bersusah-payah di awal, bukankah kita akan memperoleh kemudahan kelak? Daripada kita bersenang-senang di awal, tidak banyak berusaha mencari ilmu mendidik anak dan hanya berlepas tangan kepada guru ataupun hanya sekadar menanamkan aspek-aspek tertentu dalam diri anak-anak, pastinya ketika usia anak meningkat dewasa, terdapat banyak masalah yang akan timbul. Saya tidak akan menghuraikan hal ini, namun ingin saya tekankan bahawa, seorang anak pada usia bayi, sangat memerlukan dan menginginkan kasih sayang daripada seorang ibu atau bapa.

Maka, saya ingin menyeru kepada ibu bapa sekalian agar tidak membiarkan anak menangis sendirian dan jadilah orang yang pertama memeluknya ketika dia memerlukan. Bukan orang lain! Angkatlah dia, dukunglah dan peluklah anak anda dengan penuh kasih sayang. Sehingga tiada sebab dia akan menangis lagi.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: