Pendidikan Anak

Archive for the ‘Aktiviti Anak’ Category

857E0034

Bismillah walhamdulillah

InsyaAllah kali ini saya ingin mengupas tentang aktiviti bersama anak-anak. Pastinya para ibu sentiasa sibuk ya dengan urusan di tempat kerja, urusan peribadi mahupun urusan rumahtangga. Anak-anak juga tak kurang sibuk dengan urusannya.

Bagaimana jika anda melihat anak-anak sibuk dengan ‘urusannya’.

Runsing?

Rimas?

Risau?

Suka?

Syukur?

Banyak persepsi para ibu tentang hal ini. Anak-anak yang sedang berkembang akalnya, jua fizikalnya pasti tidak dapat duduk diam. Meneroka sana sini pasti menjadi aktivitinya yang paling menyenangkan. Namun, kadangkala, aktiviti yang mereka lakukan mendatangkan kegusaran kepada para ibu.

Kenapa?

Kerana tempat meneroka mereka pastinya akan bersepah. Ada yang terkoyak, pecah, hancur, basah dan sebagainya. Hal inilah yang sangat menggusarkan pemikiran para ibu.

Tunggu dulu, cuba fikirkan semula faedah daripada semua itu. Selain ibu yang mendapat pahala mengemas dengan sabar, anak-anak juga memperoleh suatu yang amat berharga. Berharga dalam pertumbuhan fizikal mahupun mentalnya. Bukankah itu lebih berharga daripada terus menghalang dan memarahi mereka?

Semestinya YA!

Biarkan anak anda meneroka! Namun, tanggungjawab kita adalah memastikan tempat yang mereka terokai selamat. Apa jadi jika kita sering saja menghalang anak-anak daripada melakukan aktiviti mereka  sendiri?

Sudah tentu anak-anak mula terasa perbuatan mereka tidak disenangi. Penerokaan yang merupakan pembelajaran itu tidak disenangi banyak pihak. Maka, apa yang akan berlaku? Anak-anak mula enggan untuk belajar sendiri. Bersikap tidak proaktif dan tidak yakin diri. Itukah yang kita mahukan?

Jika tidak, rancanglah aktiviti bersama anak-anak jika kita sayangkan mereka.  Selain mereka melakukan aktiviti mereka sendiri, cuba kita pula yang masuk ke dunia mereka. Pasti ketika itu mereka sangat merasai keseronokan dalam pembelajaran.

Pembelajaran di sini bukan saja bererti membuka buku, memegang pensel, duduk dan dengar, malah bermain dengan disertai keseronokan akan menjadi lebih bermakna buat ibu dan juga anak-anak.

Kerisauan yang sebenarnya adalah apabila anda melihat anak anda duduk diam tanpa sebarang aktiviti. Sedangkan mereka seperti ‘span’ pada masa itu. Maka, jangan sia-siakan usia kecil anak-anak anda. Gunakan masa berharga ini dengan sebaiknya. InsyaAllah.

Advertisements

img_02841

“Wah, anak awak dah ada banyak ‘vocab’ ”

“Eh, dah dekat tiga tahun masih pakai pampers?”

“Yusuf tak pandai lagi cakap, risau la”

Banyak rungutan dan juga kritikan yang saya terima akhir-akhir ini, baik kritikan kepada anak saya mahupun rungutan kepada anak mereka sendiri. Semuanya berlaku apabila kita mula membeza-bezakan anak kita dengan anak orang lain.

Sebenarnya, kebolehan anak itu berbeza-beza. Walaupun dari perut yang sama, namun perkembangan mereka tetap berbeza. Malah, kadangkala rungutan yang datang itu seolah-olah tidak nampak bahawa anak mereka juga punya banyak kelebihan dan kebolehan lain.

Anak saya, Abdullah mungkin boleh bertutur dengan sempurna dan mempunyai banyak perbendaharaan kata, namun masih memakai lampin pakai buang. Namun, ada sesetengah anak-anak kawan saya yang sama umur dengan Abdullah, sudah pandai membancuh susu buat adiknya, sudah tidak lagi memakai lampin pakai buang. Namun, tidak petah berbicara dan kurang mengenal benda-benda sekeliling. Seperti anak saudara saya, Yusuf Adham (saya suka nama ini), ibunya sangat khuatir tentang perkembangan Yusuf. Sudah berumur satu tahun namun tidak berbicara dengan perkataan. Lebih banyak menggunakan isyarat tangan dan bunyi.

Khuatir dengan perkembangan anak. Inilah yang berlaku sekiranya ibu terutamanya mula membandingkan anak sendiri dengan anak orang lain. membandingkan dengan tujuan untuk mengajarkan sesuatu yang lebih baik tidak salah, akan tetapi membandingkan seolah merendahkan, itu kan tidak sepatutnya. Siapa anak kita, bagaimana anak kita, semua itu hasil pendidikan kita. Hasil pendidikan awal yang diterima daripada seorang ibu, bapa dan juga lingkungan.

Sebenarnya tidak perlu bimbang dengan semua hal ini. Sekiranya ibu atau bapa asyik mengulang-ulang perkataan yang nampak khuatir seperti,

“Kamu ni sudah besar, namun masih lagi memakai lampin.”

“Kamu cakaplah sesuatu perkataan. Jangan hanya menunjuk-nunjuk jika mahukan sesuatu.”

Itukan bunyinya seperti kerisauan yang menguasai diri sehingga terkeluar dari bibir. Kadangkala, anak menjadi rendah diri dengan kekurangan yang sering kita sebutkan. Bukankah kita berperanan mendidik anak dengan positif. Maka, elakkan perkataan-perkataan yang dapat membangkitkan perasaan negatif anak.

Ingatlah bahawa kebolehan anak-anak itu berbeza. Sekiranya masih terdapat sedikit kekurangan daripada anak yang lain, jangan khuatir. Anak kita tentu punya kebolehan dari sisi yang lain. Bukankah terdapat banyak kecerdasan yang diperkenalkan oleh Howard Gardner? Maka perhatikan anak kita. Tentu banyak lagi kelebihan dan kebolehannya daripada anak-anak yang lain.

Cuba tanya pada diri sendiri, sebagai ibu bapa, pernahkah kita menghadiahi anak dengan ‘hadiah yang berkualiti’? Jika member hadiah mungkin selalu sahaja kan? Namun memberi hadiah yang berkualiti adalah bergantung kepada masa dan situasi. Sekiranya sering, ia mungkin sudah tidak lagi istimewa. Namun jika tepat pada masa dan situasinya, pasti anak akan rasa sangat dihargai. Biarpun hadiah yang diterima berupa coki-coki, pensel, permainan atau buku serta barangan yang murah sekalipun, ianya tetap bermanfaat buat pelajaran anak kita. Kerana harga bukan ukuran sesuatu hadiah, namun keikhlasan itu adalah ukurannya.

Ketika anak berhasil dalam mempelajari sesuatu, atau ketika anak telah menolong kita dalam suatu perkara, berilah sedikit penghargaan kepadanya, bukan hanya berpuas hati dengan pertolongannya. Berilah penghargaan walau dengan ucapan terima kasih. Berilah senyuman seikhlas mungkin atau sekadar pelukan erat. Tidak susah kan, walaupun bukan dengan hadiah atau penghargaan fizikal, namun dengan kasih sayang itu anak mudah menumbuhkan sikap menghargai sesuatu dalam dirinya.

“Abdullah, tolong umi angkat baju-baju di luar boleh?”

“Ok”

Dengan menghulurkan sebuah bakul kepadanya, terus diangkat semua baju-baju yang tersidai di jemuran yang rendah.

“Nah umi, dah habis dah Abdullah angkat”

“Ok, terima kasih, banyaknya pahala Abdullah tolong umi”

“Nanti Abdullah dapat pahala, pastu Allah sayang” perkataan yang mudah saja meluncur dari bibir anak comel itu.

Ganjaran pahala? Bukankah ia suatu yang betul-betul tidak Nampak, malah tidak dirasai? Namun, itulah ganjaran yang paling memotivasikan dirinya. Bagaimana memupuknya? Sudah tentu dengan kaedah pengulangan. Berulang-ulang dalam menyebut tentang faedah daripada mendapat kasih sayang Allah. Dan boleh juga memberitahu sedikit ancaman daripada tidak mendapat kasih sayang Allah.

Cubalah!!! Saya telah mendapati sesuatu yang menarik. Yang penting yakin dengan perkataan yang kita sebutkan. Yakin dengan keyakinan yang benar-benar mantap, bahawa ganjaran Allah itu pasti ada.

Wes Penre, tokoh di belakang kebangkitan muzik rock dan heavy metal AS di era 1980an, mantan anggota kelompok pemuja syaitan, yang kemudian bertaubat dan menjadi peneliti dunia hiburan AS, dalam unot Iluminaty News (4 Julai 2004) menulis sebuah artikel singkat berjudul “The Walt Disney Agenda”

Penre membuka artikel itu dengan kalimat, “Saya menonton filem kelmarin, judulnya “The Haunted Mansion”, dibintangi oleh Eddie Murphy. Filem ini dikeluarkan oleh Disney. Ini bukan sekadar filem syaitan dengan lakonan sukar, ada sesuatu di sebaliknya. Pertanyaan pertama tentang filem ini setelah saya menontonya adalah: Untuk siapa sebenarnya filem ini? Orang-orang dewasa atau kanak-kanak? Jika untuk orang dewasa, filem ini sangat naïf, terlalu enteng, dan tidak lucu. Namun jika untuk kanak-kanak, ini adalah filem yang sangat menakutkan. Lalu, untuk siapa sebenarnya Disney membuat filem ini?”

Untuk menjawab semua pertanyaan itu, demikian Penre, maka kita perlu mengetahui siapa sesungguhnya Walt Disney, apa misi utama perusahaan Disney, untuk apa ia didirikan dan akan digunakan sebagai apa? “Saya sangat menganjurkan anda untuk menyimak baik-baik tulisan Fritz Springmeier’s yang ada di laman http://www.theforbiddenknowledge.com/hardtruth/thedisneybloodlinep1.htm,” ujar Penre.

Walt Disney merupakan anggota Freemasonry darjat 33, suatu sarjat yang tertinggi yang hanya boleh dicapai oleh tokoh-tokoh Yahudi dan juga anggota Iluminaty. Di sebalik seluruh karakter kartun yang diciptakannya yang tersebar di aneka filem, buku cerita dongeng dan sebagainya, ada agenda tersembunyi iluminaty untuk mempengaruhi dan mensetting pemikiran anak-anak,” tulis Penre.

Kesemua keluaran Disney mengandungi symbol-simbol Masonik, okultisme, dan juga indoktrinasi mahupun pengendalian alam pemikiran. “Melalui Disney, mereka telah meracuni pemikiran manusia sejak daripada kanak-kanak lagi agar dapat menerima “The New Worl Order” suatu saat kelak. Mereka juga memperkenalkan sejak awal kepada anak-anak seluruh dunia apa yang disebut sebagai black-magik, The Sorcery, sebagai jalan keluar yang bagus. Semaklah terus dengan kritis apa-apa yang disampaikan oleh Springmeier di atas. Anda akan terkejut dubuatnya,” kata Penre yang banyak menulis masalah Iluminaty di dunia hiburan Amerika.

Tanpa anda sedari, anak-anak anda telah hilang ke dalam Disneyland dan diculik oleh perusahaan Disney dan dikorbankan serta diperbudak menjadi agen-agen The New World Order di masa depannya. Hebatnya lagi, Disney mampu melakukan ini semua di kamar-kamar tidur dan kamar-kamar keluarga seluruh keluarga di dunia ini. “sekarang kita kembali kepada filem “The Haunted Mansion”. Kami faham, betapa tidak mungkin para orang tua melarang anak-anak menonton file mini, yang seolah-olah diperuntukkan bagi anak-anak, namun banyak memuat unsure-unsur kekerasan, seksualiti dan sejenisnya,” tambahnya.

Wes Penre dan juga Springmeier yakin bahawa ada sesuatu di Disneyland yang selama ini tidak terungkap ke permukaan. “Seorang sahabat mengirim saya sebuah surat beberapa hari yang lalu. Dalam suratnya dia bercerita bahawa dia punya seorang kawan yang baru saja pulang dari Disneyland di Carlifonia. Di suatu tempat di tengah kawasan Disneyland, orang ini masuk dan bersembunyi ke dalam semak-samun untuk sekadar merokok. Tanpa diduga, dari semak-samun itu terlihat sebuah lorong ke dalam tanah. Dia masuk ke dalam dengan hati-hati. Dari dalam tanah dia mendengar suara tangisan anak-anak. Tiba-tiba, sebelum dia masuk lebih dalam, kepalanya dicu pistol oleh petugas keamanan. Dia ditangkap dan diusir dari taman hiburan itu. Anehnya, dia dikawal petugas tersebut hingga masuk ke dalam keretanya dan keluar dari kawasan parking. Dia sampai dari ini terus berfikir, apa yang sebenarnya berada di dalam tanah itu? Anak-anak siapakah yang menangis di dalam ruangan tersembunyi itu?”

Bismillahwalhamdulillah…

Dalam topik lepas, Siapa Mendidik Anak Anda?, saya ada menyebut bahawa ramai para ibu bapa yang sanggup menghabiskan ratusan malah ribuan ringgit semata-mata untuk menaja pendidikan anak baik di rumah ataupun di sekolah. Ada juga yang membeli set-set pembelajaran yang berharga ratusan juga ribuan ringgit. Sedangkan para ibu bapa sesetengahnya terlupa bahawa terdapat satu sisi pendidikan yang hanya memakan sejumlah wang yang tidak sampai sepuluh ringgit pun yang membolehkan seorang anak berkembang secara optima malah dengan inisiatif dan kesungguhan anak itu sendiri. Sehingga ada di antara para ibu bapa yang memnghambat pertumbuhan dan perkembangan anak itu secara alami. Anda masih kurang jelas kan? Lebih baik saya memberi keadaan yang realiti. Sebagai contoh:

Seorang anak sedang bermain dengan tape pelekat. Kemudian ditariknya panjang-panjang dan dilekatkannya di merata-rata. Dengan sungguh-sungguh dan tekun sekali perlakuannya itu. Apabila ibunya tersedar, apa yang diperlakukan ibunya adalah ‘naik angin’ atau melenting dengan emosi sekali. Kerana apa yang anaknya lakukan itu adalah tidak wajar dan sepatutnya tidak boleh.

Apa yang berlaku sekiranya hal ini berlaku?

1.       Anak tersebut tidak belajar tentang sebab dan akibat sesuatu perbuatan

2.       Anak tersebut belajar menangani sesuatu secara emosi bukan akal yang waras

3.       Anak tersebut merasakan bahawa ibunya tidak senang dengan ‘eksperimennya’ pada hari itu

4.       Anak tersebut tidak dapat mengetahui secara tepat penggunaan pita pelekat

5.       Anak tersebut mula terasa putus asa untuk belajar kembali

Dan banyak lagi…

Menjadi seorang ibu yang Berjaya, bukanlah mudah seperti teorinya. Perlukan kesabaran yang tinggi. Nasihat saya, berusahalah untuk mengawal emosi ketika bersama anak, terutama ketika anak masih berumur 2-4 tahun. Banyak perlakuannya yang ibu bapa rasa seperti tidak wajar untuk anak itu lakukan.

Sebenarnya, memang tidak wajar hal itu dilakukan oleh orang dewasa, namun wajar sekali bagi yang bergelar kanak-kanak. Cuba bandingkan harga tape itu dengan harga satu set pembelajaran. Anak-anak belajar dengan mengeksperimen dan mencuba segala-galanya. Usahanya jangan dihalang, dan kreativitinya jangan dipertikai. Sepatutnya apa yang dilakukan oleh seorang ibu atau bapa adalah menggalakkannya untuk belajar dan berusaha lagi, dan tunjukkanlah jalan yang sebenar menggunakan sesuatu alat. Barulah anak dapat belajar dengan optima.

Sekarang, jelas bukan??? Pendidikan tidak formal yang diusahakan sendiri oleh anak itu adalah pendidikan alami yang tidak perlukan belanja yang tinggi. Maka sekali lagi saya menyeru diri saya dan semua ibu bapa untuk mendidik anak secara optimis dan tidak menggunakan emosi berlebihan. Wallahua’lam.